TERMA DAN SYARAT SERTA CARA PEMBELIAN

Para pelanggan yang dihormati, anda dinasihatkan untuk membaca dan memahami segala terma dan syarat serta cara pembelian sebelum membuat sebarang pesanan dari FANKI SHOPPE.

Terma & Syarat

1. Pihak kami mengamalkan konsep 'FIRST COME, FIRST SERVE' di mana tempahan dan pembayaran hanya dibenarkan dalam tempoh selewat-lewatnya 24 jam sahaja. Sila pastikan anda adalah merupakan 'SERIOUS BUYER' sewaktu mengisi Borang Pesanan / Order Form. KEGAGALAN pihak pelanggan dalam membuat bayaran sepanjang tempoh 24 jam setelah invoice / inbois dikeluarkan, membolehkan pihak kami membuka kembali jualan ke atas item / barangan tersebut kepada pihak lain tanpa sebarang notis.

2. Pelanggan yang GAGAL mengemukakan bukti pembayaran kepada pihak kami juga tidak akan dilayan. 

3. Untuk makluman, pihak kami menggunakan khidmat POSLAJU Malaysia bagi sebarang urusan penghantaran.

4. Pihak kami memerlukan tempoh 1-3 hari bekerja,  manakala untuk kawasan Sabah dan Sarawak pula 3-5 hari masa berkerja diperlukan untuk memproses tempahan pelanggan. Sekiranya pelanggan membuat tempahan pada hari hujung minggu Sabtu dan Ahad maka hari Isnin dikira hari pertama. Walaubagaimana pun, pihak kami akan memastikan tempahan anda diproses secepat mungkin selepas bukti pembayaran diterima.

5. Semua barangan yang telah dijual tidak boleh dikembalikan kecuali berlaku kecuaian daripada pihak kami seperti kesilapan pada jenis produk yang telah ditempah (sila serahkan bukti bergambar untuk penelitian kami).

6. Pastikan jenis, nama barangan dan kuantiti produk yang ditempah adalah betul. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas kesilapan pelanggan sewaktu membuat / mengisi borang pesanan untuk jenis dan kuantiti produk. Walaubagaimanapun, pihak kami akan mengesahkan pesanan pelanggan terlebih dahulu melalui pengeluaran inbois menerusi emel pelanggan.

7. Semua barangan yang dihantar dijamin sepenuhnya berada dalam keadaan baik semasa dipos. Oleh itu, sebarang kerosakan barang atas apa jua keadaan yang berlaku semasa proses penghantaran oleh pihak Perkhidmatan POSLAJU Malaysia adalah diluar tanggungjawab pihak kami.

8. Sila pastikan alamat yang diberikan adalah tepat dan sah serta ada pihak yang akan menerimanya. Sekiranya tiada penerima sewaktu serahan dilakukan, pelanggan dikehendaki menuntut barangan tersebut di pejabat Perkhidmatan POSLAJU Malaysia yang berhampiran. Rujuk tracking no. parcel untuk mengetahui status barangan pelanggan.

9. Pihak kami tidak menyediakan sebarang perkhidmatan COD (Cash on Delivery), namun pelanggan yang ingin mengambil barangannya sendiri terus daripada pihak kami dibenarkan berbuat demikian hanya setelah bayaran atas harga barangan dilakukan dan disertakan bersama bukti pengesahan tanpa melibatkan kos penghantaran (ianya bergantung kepada budi bicara).

10. Warna produk pada gambar mungkin sedikit berbeza dari warna asal kesan daripada pencahayaan fotografi atau display monitor resolution.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Proses / Cara Pembelian

1. Pastikan item / barangan yang hendak dibeli masih dalam status AVAILABLE atau IN STOCK.

2. Sila klik di sini ---> BORANG PESANAN atau ORDER FORM bagi melengkapkan data untuk tujuan pembelian. Segala butir peribadi anda merupakan Private & Confidential dan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak.

3. Pihak kami akan memberi maklumbalas untuk tempahan pelanggan dalam tempoh 24 jam dengan menghantar inbois menerusi emel beserta jumlah bayaran dan nombor akaun. Pelanggan hendaklah membuat bayaran dalam tempoh 24 jam setelah menerima inbois tersebut (rujuk pada syarat & terma no. 1 dan 2 di atas).

4. INFO PENTING! Bayaran yang dibuat melalui ONLINE BANKING (CIMB atau MAYBANK) perlulah dimasukkan emel berikut fanki.shoppe@yahoo.com bagi memudahkan proses pengesahan dibuat. Sila emelkan juga kepada pihak kami bukti bayaran yang telah dibuat seperti CONTOH di bawah untuk tindakan kami selanjutnya :-

TAJUK : BUKTI PENGESAHAN BAYARAN FANKI SHOPPE
Nama Penuh :
Alamat :
No. Inbois :
Jumlah Pembayaran :
Tarikh Transaksi :
Jenis Bank :

5. Sekali lagi diingatkan bahawa harga pada setiap item / barangan yang dijual TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN yang mana perlu ditanggung oleh pihak pelanggan bergantung dari segi saiz dan berat. Penghantaran hanya akan dilakukan sehari selepas bayaran diterima dan disahkan.

Semua TERMA & SYARAT di atas adalah tertakluk kepada pindaan dan boleh diubah dari masa ke semasa tanpa dimaklumkan kepada pelanggan. Pelanggan diminta menyemak TERMA & SYARAT ini sebelum membuat sebarang pembelian. Pihak kami juga beranggapan pelanggan telah pun membaca dan memahami kesemua isi kandungan Terma dan Syarat serta Cara Pembelian setelah membuat pesanan melalui kami.

Sekian, terima kasih dan selamat membeli-belah bersama FANKI SHOPPE.